Sep 6, 2011

Sedikit Santapan ..

Salam Raya ke 8 Bloggers ...
Ok , EE tak boleh nak ber-blogging panjang2 hari ini sebab EE just pakai hp murah EE jer (1st time post pakai hp) .. ahaks!

Ok,actually EE masih di rumah EE ..
Almaklum la tak puas beraya lagi ..
Tapi esok EE balik kolej da ..
Nanti EE buat post recap sepanjang EE beraya ok untuk santapan para bloggers semua ..

Sampai sini je dulu yer ..
EE nak tolong mak masak NASI AYAM sebab malam ni my big family nak datang ..
Tak sabar nak makan NASI AYAM MAK EE @ EE's MUM CHICKEN RICE (nak bajet2 jadi macam Linda Onn) ..

Aug 27, 2011

Last Entry Untuk Ramadhan 2011 ...

Salam Ramadhan bloggers ..
Salam Syawal  juge EE nak ucapkan pada semua ...
Tajuk entri ??
Yess , ni last post EE untuk bulan puasa ni ...
Lepas ni EE takkan ber-blogging untuk 10 hari berturut2 ...
(Kejap je , lepas 10 hari EE akan ber-blogging macm biasa ok)

EE nak luangkan masa dengan family EE pula setelah hampir 2 bulan tak jumpa ...
Rindu nye pada family , hanya Allah je yang taw ..
Tapi ......
EE berpisah pulak dengan kawan2 kat sini ....
Ramadhan kali merupakan RAMADHAN TERAKHIR (da macam cerite kat TV3 pulak kan) , EE dengan kawan kolej EE ...
Aduh , tak suke betul bile bab2 berpisah ni terjadi ..
Muncul satu episod ngeri untuk EE ... huhu ='(

Takpela , bukan lepas ni tak jumpe lagi kan ...
InsyaAllah ... =)
EE tak sabar nak sambut raya tahun ni ...
Harap segala keberkatan dan kenikmatan HARI RAYA tahun 2011 kali ni dapat dirasai oleh EE dan family ... =)
Kepada semua para bloggers , hati2 semasa balik ke kampung halaman masing2 yer ...
Pastikan semuanya selamat .. :))

SELAMAT HARI RAYA !!!



Aug 24, 2011

Wordless Wednesday #6


Ku Terima Qada' & Qadarmu Ya Allah ...
Semoga Roh Ibu Saudaraku Dicucuri Rahmat Oleh-Mu...
Al-Fatihah ... :-(

Aug 22, 2011

Salam Hari Lebaran : Edisi Ziarah Raya Blogger ...

Salam Bloggers ..
Yeay , lagi seminggu je nak RAYA !!!!
So , sempena menyambut Hari Raya ni , EE nak join satu segmen ni dari BlogNizamLah (sila klik)
Since EE punya lappy still broken , memang Raya nanti EE tak akan berblogging .. ='(
Takpe la , dugaan di Hari Raya .. huhu =P





Ouh lupe ..
EE nak tag kat FezulFadhley & FadliSabri ...


Okey , siap sudah segmen kali ni ...
Thanks to Nizam ...
Harap dapat la duit raya tu ek .. hehe 
Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri ... =))

Dentum Dentam Ramadhan ...

Salam Bloggers ...
Weekend kali ni EE memang la penat giler sebab nak dekat raya kan ..
Tempat kerja EE adoiyai !!!
Dipenuhi dengan manusia-manusia kaya yang datang berkunjung membuat amal jariah melaburkan wang mereka membeli kasut yang banyak bilangan nombornye ...
Dalam erti kata lain , MAHAL !!!

Suka betul EE tengok dorang datang habiskan duit .. hahaha
EE jugak yang mahsyuk .. hahaha
Tapi , sangat la ANNOYING bile customer yang datang dengan anak kecil ..
Hari ni je , 6 budak kecil menangis melalak ..
Entah ape masalah dorang tak taw la .. huhu

Comel ?? Kalau da melalak sebelah korang ,
korang la orang 1st rasa nak bagi penampar .. hahaha

Hah , back to the topic ..
Menjelang hari raya ni faham jela kan aktiviti nakal budak sekarang ...
Main mercun ..
BAMBUM BAMBUM BAMBUM .. !!


Opocot !

Main tengah malam pulak tu ..
Sakitnye la hati EE ..
EE ni kadang-kadang melatah ...
Habis la semua orang kena maki dengan latah EE .. hahahaha




Kenapa dengan gambar di atas ni ???
Hah , EE nak talbiah sikit la kan .. wahhhh !!
Tak baik korang main-main mercun ni ...
Membazir duit jer taw ..
Ape yang korang dapat ??
Cube pekik sikit kat telinga EE yang capang ni .. haha
Dapat maki-hamun . sumpah-seranah , caci-maki jiran tetangga sebelah rumah ada la ....
Bulan puasa ni its better korang duduk rumah diam-diam tolong mak korang kemas rumah , buat kuih ke ..
Kan lagi baik ...
Dapat duit raya extra nanti .. waka waka eyy eyy .. eh , wakakakakakaka =P

Ok la , tak nak panjang berjela ..
Takde pun orang yang nak baca kan entri panjang macam ni ...
So , kepada yang main-main mercun tu ...
Hentikan ok ..
Bahaya tu ..
Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya ... =))

Aug 20, 2011

Story On Saturday ...

Salam Bloggers ...
Hari ni hari Sabtu ..
Maka , sempena dengan musim raya ni , ramai la yang pergi shopping raya kan ...
Satu pesanan untuk anda , TIADA BEG PLASTIK !!! hahaha

Hahahaha...
Hah , cerita apa pada hari sabtu kan .. hukhuk ..
Tadi EE blogwalking and jumpa la satu blog ni ..
Sile klik Darxniq....
Ada 1 post ni yang boleh membatalkan puasa kalau kite berfikiran yang ehem2 ..
Tapi , EE sendiri fikir macam tu .. ahaks !!

Nah , korang baca la sendiri ..
P/S : Ni copy paste entry jer.. huhu :))

Cerita  1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit "Nenek ! lemang ni nak buat macam mana , dah masak rasanya.."

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”

Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”katanya berulang-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Aiman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.


Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukannya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks…. jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal..